Friday, December 11, 2009 @ 4:59:00 AM
* Kesinggahan Abadi..
Hidup ini penuh dgn suka & duka..
Setiap derita ada bahagia..
Hanya insan yg tabah mampu menemui kebahagiaan hakiki..
Hanya insan yg mengerti apa itu takdir akn sabar menghadapi..
Apa yg trjadi segala didlm dunia fana ini tiada yg kekal abadi..
Mami,
Airmata ini mencurah penuh erti..
Bak hujan melimpah seribu makna dlm tangisan itu..
Kekesalan demi kekesalan kian terasa disudut hati dan naluriku ini pabila
mengenangkn mutiara kata terakhir darimu..
Kerana dikau yg kami kasihi tlh pergi menyambut seruan ILLAHI,
Pada tanggal 4 December 2009..
Kini aku umpama mendayung sampan tanpa pendayungnya..
Duduk salah, berdiri salah..
Setiap kerja bagai tak sudah..
Santap tak lalu, minum tak betah..
Nasi disantap terasa mentah..
Namun tidak pernahku menyesali,
Suratan ketentuan ILLAHI..
Segala nasihat dan panduahmu aknku jadikn pedoman utk mengharungi segala dugaan & cabaran dimuka bumi ini..
Mami,
Sekalung doa & Al-fatihah mengiringi setiap langkahku..
Agar mami tenang bersemadi dipusara abadi..
Amin..


